|
Sidang meja bulat mahu UPSR, PMR ditambah baik |
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 28 July 2010 |
|
PUTRAJAYA 28 Julai - Kebanyakan peserta yang hadir dalam perbincangan meja bulat kedua mengenai pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semalam, mahu kedua-dua peperiksaan itu dikekalkan, tetapi perlu penambahbaikan. Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, berkata sistem dua peperiksaan itu perlu diubah bagi memperbaiki kelemahan sedia ada. "Peperiksaan perlu ada untuk menilai apa yang diajar sebelum ini, tetapi bagaimana peperiksaan itu perlu dibuat perlu dibincang dan diberi perhatian. "Bagaimanapun, kebanyakan mereka yang hadir mahu UPSR dan PMR dikekalkan, tetapi kerajaan memperbaiki segala kelemahan termasuk meningkatkan kualiti guru," katanya selepas Majlis Perbincangan Meja Bulat Kementerian Pelajaran yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Md Dom, di sini, semalam. Alimuddin bagaimanapun enggan memberi komen dan ulasan kepada pemberita yang menunggu sejak jam 8.30 pagi. |
|
Last Updated ( Wednesday, 28 July 2010 )
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 28 July 2010 |
|
CUEPACS mahu semua pegawai dapat peluang sama
KUALA LUMPUR-28 Julai Selepas 17 tahun dilarang aktif dalam politik, pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan semula bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik,berkuat kuasa 1 Ogos ini. Keputusan itu yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, semalam, membabitkan 140,000 guru. Bagaimanapun, CUEPACS berharap kebenaran itu turut diperluaskan kepada semua 350,000 pegawai Gred DG41 hingga DG48 dan tidak terhad untuk guru saja. Presidennya, Omar Osman, berkata semua pegawai awam harus diberi peluang sama selari dengan hasrat kerajaan yang mahu kakitangannya turun padang dan mendekati rakyat. Mereka juga tidak kurang hebatnya, termasuk mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang sains politik, katanya mengulas keputusan kerajaan meminda Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bagi membolehkan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 aktif semula dalam politik. Pindaan itu sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan tindakan sedang diambil untuk mewartakannya. Ketika ini, hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan. |
|
Last Updated ( Wednesday, 28 July 2010 )
|
|
Read more...
|
|
|
Tren elektrik Ipoh-KL mula bulan depan |
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 28 July 2010 |
|
BATU GAJAH-27 Julai Perkhidmatan tren elektrik (ETS) antara Ipoh dan Kuala Lumpur akan beroperasi pada minggu pertama Ogos ini dengan kekerapan lapan perjalanan pergi dan balik setiap hari, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha. Beliau berkata perjalanan berkenaan akan mengambil masa kira-kira dua jam dan hanya akan berhenti di beberapa buah stesen tertentu. "Kita terpaksa mengurangkan tempat-tempat berhenti bagi perjalanan ini untuk memastikan perjalanan menepati anggaran masa yang ditetapkan bagi keselesaan pengguna. Setiap perjalanan akan menggunakan satu set keretapi ETS yang mengandungi enam gerabak. Setiap gerabak boleh dimuatkan dengan 50 penumpang dan jumlah keseluruhan penumpang bagi setiap perjalanan ialah antara 300 dan 350 orang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kompleks Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), di sini hari ini. Majlis perasmian disempurnakan Sultan Perak Sultan Azlan Shah. |
|
Last Updated ( Wednesday, 28 July 2010 )
|
|
Read more...
|
|
|
Perbincangan Meja Bulat cenderung mansuh UPSR, PMR |
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 21 July 2010 |
|
GENTING HIGHLANDS 20 Julai - Perbincangan Meja Bulat pertama berkaitan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dilihat cenderung kepada langkah pemansuhan kedua-dua peperiksaan tersebut.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kerajaan akan meneliti hasil perbincangan itu dengan lebih mendalam sebelum keputusan akhir diumumkan nanti.
Menurut beliau, perbincangan Meja Bulat kedua akan diadakan minggu depan dan kedua-dua input daripada perbincangan itu bakal dibentangkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ogos ini.
"Penetapan kepada isu ini tidak boleh dibuat secara terburu-buru kerana ia melibatkan keputusan utama terhadap pendidikan negara. Justeru, kita akan teliti pandangan semua pihak.
"Jika dimansuhkan, ia akan membabitkan kepada alternatif bagi menggantikan peperiksaan sedia ada.
"Hasil daripada keputusan Meja Bulat itu akan dibentangkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Ogos nanti,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perasmian Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-17 2010, di Institut Aminuddin Baki (IAB), dekat sini hari ini. - Dipetik dari Utusan Malaysia Online 21.07.2010
|
|
Last Updated ( Wednesday, 21 July 2010 )
|
|
|