| Guru boleh aktif politik |
|
|
|
| Written by Administrator | |
| Wednesday, 28 July 2010 | |
|
CUEPACS mahu semua pegawai dapat peluang sama KUALA LUMPUR-28 Julai Selepas 17 tahun dilarang aktif dalam politik, pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan semula bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik,berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Keputusan itu yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, semalam, membabitkan 140,000 guru. Bagaimanapun, CUEPACS berharap kebenaran itu turut diperluaskan kepada semua 350,000 pegawai Gred DG41 hingga DG48 dan tidak terhad untuk guru saja.
Presidennya, Omar Osman, berkata semua pegawai awam harus diberi peluang sama selari dengan hasrat kerajaan yang mahu kakitangannya turun padang dan mendekati rakyat. Mohd Sidek dalam kenyataannya menjelaskan sudah tiba masa guru dibenarkan aktif semula dalam politik kerana golongan itu suatu masa dulu memainkan peranan penting dalam memimpin masyarakat, terutama dalam senario politik negara. Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai satu langkah pembaharuan dalam perkhidmatan awam, beliau bagaimanapun menegaskan kebenaran berkenaan diberi dengan syarat ketat agar tugas dan fokus utama guru mendidik anak-anak tidak terjejas dengan pembabitan dalam politik.
Syarat mengenai perkara ini sedang disediakan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran, katanya. |
|
| Last Updated ( Wednesday, 28 July 2010 ) |
| < Prev | Next > |
|---|













